Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Jumaat, 7 Mac 2014

Naluri Dan Deria Keenam Seorang Isteri

Teks:Nur Balqis Qahira


Salam Ceria Dan Hai,

Selamat Hari Wanita untuk semua wanita tanpa mengira di mana anda berada.

Wanita adalah makhluk yang dijadikan ALLAH SWT dengan seribu satu misteri.Wanita yang bergelar isteri dan ibu juga mempunyai naluri /instinct atau deria keenam yang sangat kuat.Ya,memang betul.Saya mengakuinya kerana saya pernah merasainya.

Suatu petang,selepas membuang sampah ke dalam tong sampah yang berada di luar rumah,saya tidak mengunci pintu pagar rumah.Sebaliknya,saya terus berdiri di hadapan pintu pagar dan hati kecil saya berkata yang suami saya akan balik dalam masa 5 minit lagi.

Sebentar kemudian,kedengaran bunyi kenderaan suami saya dan saya terus berdiri di situ.Ya,ramalan saya tepat sekali.Subhanallah!

Saya pun bagitau kat dia yang saya rasa  dia sedang dalam perjalanan balik.Suami saya bertanya dengan penuh kehairanan"Eh ,Betul ke?"

yup .



Ada satu kes berkaitan dengan instinct isteri.Ni pun pengalaman saya jugak.

Suatu petang,suami kata dia nak masuk kem(tentera).Dia kata nak masuk kem sekejap.

Saya pun tunggu sampai lewat petang.Saya berasa tak sedap hati.

Saya call berkali-kali tetapi tak dijawab.Saya rasa ada sesuatu yang tak kena dan mengalirkan air mata dengan tiba-tiba.Namun,saya tetap call berkali-kali dengan harapan dia menjawab panggilan telefon.

Selepas puas call berkali-kali,kedengaran suara wanita yang menjawab panggilan.Tersentap seketika.Wanita itu kata bahawa dia terlanggar suami saya yang sedang menaiki motosikal di jalan raya.

Helmet pecah dan motosikal juga rosak.Tetapi,nasib menyebelahi kerana suami hanya luka di kepala akibat terhempas di jalan raya.

Ya,inilah instinct atau deria keenam yang dimiliki oleh wanita yang bergelar isteri.

Suami ibarat pohon besar yang melindungi isteri dari sebarang ancaman.Suami juga ibarat pengganti ibu bapa kepada isteri selepas bernikah.Isteri ibarat tiang yang sentiasa menyokong suami untuk terus berdiri teguh.


Hargailah wanita kerana yang melahirkan kita juga seorang wanita!





1 ulasan:

  1. Blog Nur Balqis Qahira: Naluri Dan Deria Keenam Seorang Isteri >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Blog Nur Balqis Qahira: Naluri Dan Deria Keenam Seorang Isteri >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Blog Nur Balqis Qahira: Naluri Dan Deria Keenam Seorang Isteri >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...