Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Memaparkan catatan dengan label Catatan Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Pengalaman. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mac 2015

Cahaya Mata Kedua


Teks  & Foto ; Nur Balqis Qahira

Assalamualaikum dan hai,
Selamat Hari Wanita

Anda semua adalah wanita yang HEBAT!


Lamanya tak update blog sejak bersalin dan keluar masuk wad.
Hari ni 7 Mac 2015,genap 4 tahun bergelar isteri.Bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata penyeri dan pelengkap rumah tangga.Hari ni juga cahaya mata kedua berumur 101 hari.




mix kids,hehe

Mengimbau kembali saat mengandung dan bersalin anak kedua,ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan.Tiga hari sebelum admit ward,saya mengalami sakit perut yang luar biasa .Sakit terasa macam mahu bersalin tetapi tiada sebarang kontraksi.Sakit teramat sehingga tangan saya cramp dan tidak mampu  mencapai handphone untuk menghubungi sesiapa.Saya menahan sakit perut lebih kurang sejam.Sakit perut tersebut berulang selama 2 kali pada hari yang sama.Ketika itu,suami outstation selama 2 minggu.Saya dan anak sulung saya(Qaleesya) sahaja berada di rumah.Dua hari selepas itu,suami balik dan saya pergi ke klinik pakar untuk appointment seperti biasa.

Doktor memaklumkan kepada saya bahawa saya perlu admit ward kerana pangkal rahim pendek dan boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Saya terlantar di wad selama 56 hari dari usia kandungan 26 minggu hingga minggu ke-34.Pergerakan yang sangat terbatas sehingga menyebabkan saya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ke bilik air membuatkan saya semakin menghargai kesihatan. 

Saya juga sudah biasa disuntik ubat untuk mematangkan paru-paru bayi  selama 8 kali sepanjang berada di wad.Sakitnya tak payah ceritalah.

Kedudukan bayi yang songsang pada minggu ke-28 merisaukan saya kerana saya berisiko melahirkan bayi pada bila-bila masa.Ia berada dalam kedudukan melintang pada minggu ke-30 dan berpusing ke kedudukan normal pada minggu ke-32.

Saya bersyukur kerana melahirkan zuriat ke-2 pada minggu ke-37 setelah melalui pelbagai dugaan ketika mengandung.Saya diuji lagi ketika dalam pantang.Saya bentan pada hari ke-3 berpantang dan batuk kuat pada hari ke-7.Bayi saya juga mengalami prolonged jaundice dan kami terpaksa berulang-alik ke klinik setiap hari untuk memantau tahap jaundisnya.Kadang-kadang kami pergi ke klinik 2 kali sehari sepanjang saya dalam pantang.

Bayi saya turut dijangkiti batuk berkahak dan sukar bernafas serta perlu dirawat di wad selama seminggu.Tangan dan kakinya bengkak akibat dicucuk untuk memasukkan antibiotik.Berada di wad selama seminggu menjaga bayi sambil menjaga si kanak-kanak riang(Qaleesya) sangat mencabar.


Walaubagaimanapun,saya bersyukur kerana semuanya selamat.

Selasa, 16 Disember 2014

Pengalaman Bersalin Minggu Ke-37


Ada blog?Mahu Menjana Pendapatan Melalui Blog?
Baca ini dahulu : Panduan Buat Duit Dengan Blog (klik)


Teks dan foto : Nur Balqis Qahira
Catatan Pengalaman
16 Disember 2014

Hari ni masuk hari ke-20 saya melahirkan baby boy.Disebabkan masalah pangkal rahim yang pendek semasa mengandung,kelahiran ke-2 ini agak mudah berbanding yang pertama.Seperti yang saya ceritakan di entri lepas,saya admit wad selama 56 hari dari minggu ke-26 sehingga minggu ke-34.Sepanjang berada di wad,saya juga menerima 8 dos injection dexa(untuk mematangkan paru-paru janin sebagai persediaan jika tiba-tiba bersalin terlalu awal).

Pangkal rahim yang semakin memendek apabila usia kandungan semakin bertambah sangat berisiko melahirkan baby pramatang.Ketika kandungan berusia 28 minggu,janin berada dalam keadaan songsang.

Apa yang saya risaukan ialah jika bersalin pada bila-bila masa ketika janin masih berada dalam posisi songsang dan sudah semestinya banyak komplikasi semasa kelahiran serta perlu bersalin secara caesar(yer tak?)

Seboleh-bolehnya,saya mahu bersalin secara normal dan melahirkan bayi cukup bulan.Sebelum ini,saya pernah melahirkan bayi pramatang 33 minggu semasa kelahiran anak pertama.

Ketika berada di wad,seorang kenalan yang turut admit wad kerana masalah uri berada di bawah memberikan saya sebotol air zam-zam.Saya minum air zam-zam tersebut sambil berdoa supaya bersalin normal dan cukup bulan serta berharap agar janin berada dalam posisi yang betul.Saya tidak putus-putus berdoa.

Subhanallah,Allah makbulkan doa saya.Saya bersyukur kerana janin sudah memusingkan kepalanya ke bawah pada minggu ke-32.




Alhamdulillah,saya sama sekali tidak menyangka bahawa saya melalui proses bersalin yang agak mudah untuk zuriat kedua.Pengalaman melahirkan anak kedua sangat mengujakan.Saya berpeluang bersalin pada usia kehamilan 37 minggu di hospital tanpa sebarang ubat tahan sakit.

No Induce.No epidural.No Episiotomy.No painkiller.No Vacuum!Hanya sedikit luka yang minima(sebab tak sedar terangkat punggung,huhu)Really Amazing Experience!Mungkin juga kerana pangkal rahim yang sangat pendek memudahkan proses bersalin.

Pada pukul 5 pagi,saya tersedar daripada tidur apabila merasakan ada cecair mengalir laju.Ha,mesti tanda nak bersalin dah ni.Saya bangun dan membersihkan diri sebelum mengejut suami dan anak.

Sampai di hospital,saya menuju ke wad bersalin dan memaklumkan kepada jururawat yang bertugas bahawa saya ''turun air".Saya diarah memakai pakaian khas untuk ibu mengandung dan bersalin.Jururawat terus memanggil saya untuk melakukan CTG.

Sepanjang proses CTG selama 20 minit tersebut,saya mengalami sakit contraction selang 5 minit sekali.Selesai proses CTG,saya berehat di katil.Sakit contraction semakin menjadi-jadi.Saya berjalan untuk mencari kerusi di wad kerana mahu duduk untuk mengurangkan rasa sakit."Balqis,doktor panggil untuk cek jalan,"jururawat di kaunter memberitahu ketika saya sedang mencari kerusi.




Saya masuk ke bilik khas.Doktor Nur Hidayah masuk dan mula "check jalan".

"Dah buka 5 cm dah ni Balqis.Jap lagi bersalin," kata beliau.Saya meneruskan langkah menuju ke katil untuk berehat.

"Berapa cm dah Balqis?"tanya jururawat.Nurse pun dah kenal sebab pernah berkampung di wad selama 56 hari ketika mengandung

''Dah buka 5 cm,nak cari kerusi tapi dah penuh,nak duduk,"balas saya sambil tersenyum.
Monahan sakit contraction

"Amboi Balqis,dah buka 5 cm tapi masih lagi boleh gelak-gelak,"kata jururawat.Ketika itu,sakit contraction masih lagi selang 5 minit sekali."Su,bawak Balqis masuk labour room,"arah Dr Nur Hidayah kepada seorang jururawat.


Jururawat tersebut menolak kerusi roda dan menyuruh saya duduk di kerusi roda tersebut.Sampai di labour room,saya tidak mampu untuk mengangkat kaki di atas katil kerana sudah terasa mahu meneran."Luruskan kaki,Balqis''kata jururawat tersebut."Saya dah rasa nak teran ni kak,''balas saya.

"Tunggu kejap,"Jururawat tersebut menyarungkan sarung tangan dengan cepat."Ha,teranlah,"ujar jururawat tersebut.

Saya cuba mempraktikkan teknik pernafasan yang saya baca melalui ebook Bersalin Alami tulisan Puan Iryani.Saya menarik nafas kemudian menahan nafas sambil meneran.Untuk kelahiran kedua ni,saya dah pandai meneran berbanding kelahiran anak pertama.

Tepat pukul 7:39 pagi(27/11/2014),hanya dengan 3 kali teran sahaja,terdengar tangisan seorang bayi.Saya berjaya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.26kg dengan selamat tanpa sebarang ubat penahan sakit sepanjang proses bersalin.Yeay,saya bersalin secara alami.

Baca[Bekerja Sendiri & Suri Rumah Juga Boleh Mencarum KWSP]

Hanya satu kebaikan pangkal rahim yang semakin memendek(tak sampai 1cm ketika usia kandungan 34 minggu) ialah proses bersalin yang mudah. Baby cepat keluar.Walaupun baby cepat keluar tetapi sakit bersalin memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Namun begitu,risiko bersalin pramatang adalah sangat tinggi.Tercapai juga impian saya mahu bersalin cukup bulan at least 37 minggu secara normal pada kelahiran anak kedua.

Pada pukul 5 petang,saya dan baby dibenarkan discharge dan bermulalah fasa berpantang 44 hari.

Jom kongsikan pengalaman bersalin anda di ruangan komen.Mungkin ia boleh memberi sedikit inspirasi kepada ibu-ibu dan bakal-bakal ibu.

Ebook Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden
RM30 sahaja
atau SMS/Whatsapp "Ebook Pantang'' ke 010-7790237


p/s:Ramai yang SMS/WHATSAPP saya bertanyakan sama ada wanita mengandung dan berpantang boleh memakai STOKIN AJAIB atau tidak,jawapannya ialah BOLEH.Saya sendiri menggunakan STOKIN AJAIB sepanjang mengandung dan berpantang malah sebelum mengandung pun saya menggunakan stokin tersebut.

Maaf,stok habis



Orang top up prepaid
tak kira beli kat mana
kita dapat komisyen

_____________________________________________________________________



PANDUAN BUAT DUIT DENGAN BLOG ;KLIK SINI (dapatkan segera sebelum jualan dihentikan)

Ahad, 23 Februari 2014

Pengalaman Minum Susu Guna Syringe

Teks :Nur Balqis Qahira
Foto:Koleksi Peribadi

Catatan Pengalaman.

Dalam entri ini,aku nak berkongsi pengalaman menyusukan baby dengan  susu formula menggunakan syringe.

Selepas bersalin(2 tahun lepas),niat di hati nak susukan Qaleesya dengan "breastfeeding" sampai dia berumur 2 tahun.Apakan daya,aku hanya mampu memberikannya "breastfeeding" sehingga dia berumur 7 bulan disebabkan kesan sampingan sejenis pil perancang keluarga yang mengurangkan susu badan.

Selepas tamat tempoh berpantang,pihak klinik kesihatan memberikan pil perancang keluarga jenis "norriday".

Pil perancang "norriday" tu tak mengeringkan air susu ibu.Aku menyusukan Qaleesya seperti biasa.

Apabila Qaleesya dah berumur 5 bulan,pihak klinik memberikan pil perancang "regividon".Aku maklumkan kat dorang yang aku bagi Qaleeysa "fully breastfeeding".

Mulanya,aku tak nak ambil pil perancang "regividon" tu tapi atas saranan puan jururawat-jururawat di klinik tu,aku pun amek pil perancang tersebut.

Lepas sebulan aku amek pil perancang jenis regividon tu,air susu dah mula berkurangan.Aku mula risau Qaleesya tak mendapat susu secukupnya.Aku amalkan makan sup lobak putih untuk memperbanyakkan susu tetapi tak berhasil.

Apa yang aku risaukan betul-betul berlaku.Air susu semakin berkurangan.Si Qaleesya pulak langsung tak nak hisap susu formula dalam botol.

Aku berhenti amek pil regividon tu dengan harapan air susu kembali banyak seperti biasa tetapi sebaliknya.

Berat dia semakin susut.Badan semakin melidi.Harapkan susu badan sahaja selain makanan pejal.

Ketika berumur 8 bulan(berat badan susut)


Aku buat keputusan untuk memberikannya susu formula menggunakan syringe.
Aku paksa dia habiskan susu sebotol sampai dia muntah dan sendawakan dia.

Setiap hari,aku memberikan susu formula tu guna syringe sampai habis sebotol.Untuk menghabiskan sebotol susu tu menggunakan syringe,ia mengambil masa lebih dari sejam.Sehari,aku bagi 3 botol(210ml 1 botol).Apalagi,dia menangis (satu taman pun boleh dengar tangisan nya)tak nak minum susu formula.Dia tetap mahukan breastfeeding jugak.Bayangkan aku lakukan setiap hari selama 8 bulan berturut-turut.

Sampai la satu ketika,dia dengan rela hati menghisap susu formula dalam botol susu.Masa tu dia dah berumur setahun 3 bulan.

Alhamdulillah.Leganya hati seorang ibu.Tidak perlu lagi memaksa anak minum susu menggunakan syringe untuk memastikannya mendapat susu secukupnya.



Pengajaran : Serius cakap,serik dah.Tak nak ambil pil perancang keluarga sembarangan.Anak terpaksa bercerai susu sebelum tiba masanya disebabkan kesan pil regividon.Seksa tau,haha

Buat momies yang bagi anak "fully breastfeeding" jangan ambil pil perancang keluarga jenis lain kecuali "norriday".

Ada tak momies yang mengalami pengalaman seperti aku?

Jom kongsikan di bawah ini.


Nak dapatkan Ebook Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden?

RM30 sahaja



...........................................................................................................................................


Isnin, 3 Februari 2014

Satu Keajaiban

Teks:Nur Balqis Qahira
Foto:Google
Catatan Pengalaman.


Assalamualaikum.Bersua kembali kita di hadapan laptop/gadget anda.Entri kali ini,saya ingin berkongsi satu pengalaman yang sayaanggap satu keajaiban.Dalam entri Hebatnya Sedekah,saya mahu kongsikan satu pengalaman yang saya sendiri tak percaya dan sehingga sekarang saya masih terfikir mengenainya.

Kenapa saya katakan ia suatu keajaiban?Teruskan membaca coretan pengalaman saya pada tahun 2011 di Sungai Petani,Kedah.

Peristiwa ni berlaku semasa saya masih bekerja dan waktu tu tengah mengandung sebulan.

Dalam perjalanan pergi tempat kerja dengan menaiki motosikal,hujan turun dengan lebat.Saya basah lencun dan mengambil keputusan untuk singgah di sebuah stesen minyak Petronas.Saya tunggu hingga hujan reda selama sejam.Masa tu,suami dah pergi kerja seawal pukul 6.30 pagi(Kem Lapangan Terbang).Saya pula masuk kerja pukul 9 pagi.Masuk shift pagi.

Dah basah lencun,saya terpaksa berpatah balik ke rumah untuk menukar pakaian.Masa tu dah lambat setengah jam.Selepas tukar pakaian,saya pun pergi ke tempat kerja semula.

Hal yang sama berlaku lagi.Hujan turun lagi dengan lebat semasa saya dalam perjalanan.Saya pun singgah lagi kat stesen minyak Petronas.

Saya call kawan sekerja yang saya terpaksa masuk shift petang sebab dah lewat sangat.

Saya mengambil keputusan untuk terus balik ke rumah meredah hujan lebat dan jalan licin.Mulut terkumat-kamit menyebut "Allahu Akhbar'' sepanjang perjalanan balik ke rumah.Sampai di rumah,kunci motosikal tiada di tempat asal.Saya ingatkan kunci motosikal tersebut tercicir di jalan raya.Saya pun berpatah balik untuk mencari kunci tersebut.

Dah cari dan perhati betul-betul di jalan raya,namun tiada.Akhirnya saya biarkan sahaja.Semasa membuka helmet,rupa-rupanya kunci motosikal tersebut berada di atas helmet(di antara celah cermin helmet).Nasib baik,kunci tersebut tak tercicir.

Apa yang membuatkan saya terfikir sampai sekarang ialah bagaimana kunci tersebut boleh berada di atas helmet dan tersangkut pada celah cermin helmet.

Takkan saya letak kunci tersebut kat atas helmet semasa tengah laju menunggang motosikal dalam hujan,kan?

Inilah satu peristiwa yang pelik dan membuatkan saya tertanya-tanya sampai sekarang.


Rabu, 29 Januari 2014

Hebatnya Sedekah

Teks:Nur Balqis Qahira

Assalamualaikum.Salam hormat daripada saya.Entri kali ini berkenaan satu kisah nyata yg berlaku dalam hidup saya pada hujung tahun lepas.Mungkin ia adalah satu perkara biasa bagi orang lain.Dan mungkin juga ia satu kebetulan.



Selepas selesai membuat penghantarandaripada  tempahan pelanggan(buku),saya dan keluarga singgah di sebuah pasar tani untuk membeli barangan dapur.

Dalam sibuk menyimpan barangan dapur yang dibeli,tiba-tiba seorang remaja lelaki muncul di hadapan saya dan menghulurkan sebuah bekas.Saya tidak sedar dari mana dia datang dan terus menerpa ke arah saya.Dia menyatakan bahawa dia meminta derma untuk kebajikan anak-anak yatim.

Pada masa itu,saya hanya ada baki wang syiling 70 sen sahaja di tangan saya.Lantas,tanpa membuang masa saya menghulurkan wang syiling tersebut kepadanya.

Selepas itu,saya terfikir mungkinkah remaja itu menipu?Takpelah,kalau dia menipu atau tidak.Itu terpulang kepadanya.(Oh,saya berprasangka buruk).Maafkan saya!

Dalam perjalanan pulang,saya mendapat sms dari pelanggan bahawa dia sudah membuat bayaran untuk tempahan produk(untung bersih saya RM60).Selepas itu,seorang lagi pelanggan menghantar sms bahawa dia sudah membuat bayaran untuk tempahan buku(untung saya RM10).Jadi jumlah bersih yang saya dapat pagi itu RM70.Ini bukan cerita tentang untung.Tetapi,saya terfikir,saya derma 70 sen sahaja kepada remaja tersebut.Lepas tu Allah swt gantikan dengan 100 kali ganda.Sesungguhnya,DIA mahu menguji saya.

Subhanaallah,hebatnya kuasa sedekah.Allah swt gantikan 100 kali ganda daripada nilai yang saya dermakan untuk remaja tersebut.Mungkin ini satu perkara biasa bagi anda yang sedang membaca coretan saya tetapi ia adalah satu perkara yang agak luar biasa bagi saya.Yalah,ganjarannya 100 kali ganda.

Saya juga ada satu kisah yang boleh dianggap ''pelik'' tetapi benar yang membuatkan saya terfikir sampai sekarang.Yang saya sendiri pun tak percaya dan masih tercari-cari bagaimana ia boleh berlaku.Nanti saya kongsikan ya.Baca DI SINI

RAHSIA MEMPEROLEHI REZEKI MELIMPAH RUAH & DIBERKATI.SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...