Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 13 Januari 2014

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Teks: Nur Balqis Qahira
Foto : Kamera Fon Saya
Muzium Tentera Darat Port Dickson


Entri kali ni saya nak berkongsi tentang Muzium Tentera Darat.Muzium Tentera Darat yang berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) ini mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja dari kediaman saya.Saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk melawat ke Muzium Tentera Darat pada hujung minggu.

Bandar Port Dickson begitu sinonim dengan bandar peranginan dan Bandar Tentera Darat.Terdapat sembilan pusat latihan dan lima pasukan, yang menempatkan sejumlah 10,439  pegawai dan anggota tentera  (statistik sehingga 1 Mac 2012) di kawasan Port Dickson.Bandar Port Dickson mendapat nama daripada seorang pegawai tinggi British, Sir John Frederick Dickson, yang begitu sinonim dengan ketenteraan sejak tertubuhnya kompeni perintis Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1 Mac, 1933.(sumber;Muzium Tentera Darat)

Banyak maklumat boleh diperolehi di muzium ini dan yang paling menyentuh hati ialah kisah lampau perwira negara yang terkorban ketika bertempur dengan komunis.


Auditorium Muzium Tentera Darat

Muzium Tentera Darat Port Dickson dibangunkan di dua buah depot lama Tentera Darat dan mempunyai sembilan ruang pameran bermula dari era zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke hari ini.  Muzium ini merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.



Nama-nama perwira negara yang terkorban ketika bertempur dengan komunis dipahat di tugu ini.






Terowong Parti Komunis Malaya sepanjang 142 meter ini dibina bermula dari Blok B Muzium Tentera Darat sehingga ke Kg Ikhtiar hidup dan Caribou.Jangan lupa masuk ke terowong ni kalau datang ke muzium ni ya.Terdapat artifak asal dan panel grafik yang membantu pelawat mendalami sejarah ini.


Di dalam terowong ini, terdapat bilik pembedahan untuk merawat pasukan mereka  yang mengalami kecederaan ketika bertempur.Selain itu,terdapat bilik mesyuarat dan bilik tidur pihak komunis.


Di ruang pameran muzium(bukan dalam terowong ya)

Mesej Terakhir Tentera British.Mesej bertarikh 15 Febuari 1942 ini merupakan mesej terakhir yang dihantar oleh Lt Jen A.E Percival kepada pasukan Bersekutu dari Markas Pemerintahan Malaya di Fort Canning,Singapura menyatakan kekurangan logistik dan kesediaan menyerah kalah kepada tentera Jepun.



Basikal inilah yang digunakan oleh tentera Jepun  ketika peperangan di Tanah Malaya.Selain itu,basikal ini digunakan untuk mengecas bateri radio perhubungan.Mereka mengayuh basikal ini bergilir-gilir sehingga bateri radio tersebut penuh.


Pillbox M118 yang ditemui di tepi Sungai Langat pada tahun 1992 oleh pihak Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua.



Wang Kertas Zaman Jepun di Malaya sekitar tahun 1942-1945.Wang kertas ini dikeluarkan sebaik sahaja Jepun berjaya menakluk Tanah Malaya.Nilai wang kertas yang paling kecil ialah satu sen  dan yang paling besar ialah 1000 dolar.





Kawasan muzium ini dipenuhi dengan berbagai jenis kenderaan tentera, termasuk jet, kereta kebal,keretapi dan senjata artileri yang menjadi bukti  kepada perjuangan dan pencapaian sejarah  di Malaysia.

Banyak lagi yang dipamerkan di Muzium Tentera Darat ni.Antaranya ialah kisah dan artikel tentang Leftenan Adnan dan lain-lain.

Terima kasih kepada Koperal Junaidi a.k.a mr.papa yang membawa kami melawat ke MUZIUM TENTERA DARAT ini.

Kalau datang bercuti ke Port Dickson ,singgah-singgah lah ke Muzium Tentera Darat ini ya.Masuk adalah percuma sahaja.Waktu lawatan dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Oh ya..Kelas Asas Blog Bisnes dan Penulisan 100% secara online masih berlangsung seperti biasa ya.Masa belajar adalah fleksibel.Ikut masa sendiri dan belajar di tempat sendiri.
Untuk maklumat lanjut,sila KLIK SINI.

Jadikan handphone sebagai aset yang menjana pendapatan & bukan tanggungan semata-mata!Nak tau caranya?
Klik Rahsia Menjana Pendapatan Melalui Handphone,Sila Klik Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...