Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Khamis, 6 Februari 2014

3 Langkah Mudah Petua Wajah Berseri

Teks:Nur Balqis Qahira

Assalamualaikum korang 😊

Pernah makan ubi kayu rebus,pengat ubi kayu atau kerepek ubi kayu?

Has,aku nak kongsikan 3 Langkah Mudah Petua Untuk Wajah Berseri dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi ni.

Semestinya wajah yang berseri-seri secara semulajadi adalah impian semua wanita,kan?

Petua ni aku selalu buat semasa di asrama bersama rakan-rakan dulu.

3 Langkah mudah :

1)Bancuh tepung ubi kayu bersama  sedikit air.Dulu saya buat sendiri tepung ubi kayu ni.Aku hiris dan jemur.Lepas tu tumbuk dan ayak.Tapi sekarang ni sangat mudah untuk mendapatkan tepung ubi kayu ni.
Cari je kat supermarket,pasaraya,kedai-kedai runcit atau pun pasar malam.

2)Selepas tu,masukkan asam jawa dan gaulkan sehingga sebati.Jangan bagi cair sangat atau pekat sangat.Kalau cair nanti tak melekat kat wajah.

3)Kemudian,sapukan campuran tepung ubi kayu dan air asam jawa tersebut ke seluruh muka dan biarkan selama 30 minit atau sehingga kering sebelum mencuci wajah sehingga bersih.Kalau nak guna semalaman waktu tidur pun boleh jugak.Lebih berkesan.Aku dulu selalu guna waktu tidur malam.Bangun pagi terasa segar dan wajah berseri-seri.Tahi mata pun jadi banyak.Hehe..(kalau letak kat kelopak mata)

Amalkan selama 2 minggu.

InsyaAllah..Kalian akan mendapat hasil yang berkesan.Wajah akan kelihatan lebih berseri.

Selamat Mencuba.

Baca KOLEKSI PETUA DI SINI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...