Kami menawarkan kelas-kelas berikut 100% secara online
untuk membantu menambah nilai hidup masyarakat khususnya suri rumah dan suri
bekerjaya untuk menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja.Kelas ini terbuka
kepada sesiapa sahaja termasuk wanita yang sibuk dan mempunyai masalah kekangan
masa.Kaum adam juga dialu-alukan.
Penerangan Kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar
menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu
cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal
memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang
mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai
blogger di akademi kami, kini sudah menghampiri 400 blog untuk membantu aliran
trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis
dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog,
tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang
mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih
tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog,
fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan
seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang
sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa
dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar
membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan,
jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk
aliran trafik.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium
promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita
menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila
sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.Tenaga pengajar
adalah seorang penulis novel berpengalaman
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka
penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada
produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk
digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu
disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan
talian internet.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi
mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.
Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara
online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar
asas blog. Peserta akan dimasukkan dalam group kelas online.Komunikasi adalah
secara one to one (personal coaching) melalui group dan pm di facebook.Nota dan toturial bergambar
disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa peserta sendiri
bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru
online. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin
bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu
peserta menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini peserta tidak perlu mengambil
masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.
Peserta dan guru
online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget
iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih
juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana
pun mereka berada.
Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan
permintaan demi permintaan.
Nur Balqis Qahira
Pengurus Online
SMS/Whatsapp : 010-7790237
Facebook Profile: Nur Balqis Qahira(https://www.facebook.com/qisevadaniaqistina.daprincess)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan