Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 17 Februari 2014

Sudah Bersedia Mahu Memiliki SOHO Sendiri?


SOHO Idaman saya

Teks:Nur Balqis Qahira
Foto:Cik Google

SOHO ialah akronim bagi Small Office Home Office iaitu pejabat di rumah sendiri.Pemilik SOHO dikategorikan sebagai penulis bebas,pereka bentuk laman web,penterjemah dan kerjaya lain yang sewaktu dengannya yang beroperasi dari rumah.

Selain itu,pemilik SOHO juga mengusahakan bisnes dari rumah atas talian.Trend SOHO adalah trend yang semakin menjadi pilihan kaum ibu dan juga bapa pada masa kini.Matlamat utama ialah mahu lebih masa bersama keluarga dan pada masa yang sama mampu menjana pendapatan.

SOHO Idaman Saya
Saya mengimpikan sebuah SOHO seperti dalam gambar di atas.Ada satu bilik khas untuk pejabat di rumah.Terdapat rak buku untuk menyimpan fail-fail dan dokumen penting supaya sentiasa kelihatan kemas.Dekat dengan tingkap untuk melihat pemandangan luar dan ada tumbuhan hijau sebagai hiasan.
Buat masa sekarang,saya masih menempatkan SOHO saya di ruang tamu untuk memudahkan saya memantau dan menemani Qaleesya & Taufik(anak) setiap masa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...