Bagi suri yang sangat
teruja dan tidak sabar untuk berhenti kerja, baca dulu pengalaman dan kisah
inspirasi mereka yang sudah letak jawatan dan memilih untuk bekerja di rumah.
Nota inspirasi 6- Umi
Arbee Ali
Saya selesaikan seberapa
banyak hutang. Lupakan kad kredit. Adakan simpanan, insuran dan pelaburan
secukupnya. Segera cukupkan simpanan untuk haji rukun Islam kelima. Latih diri
hentikan perbelanjaan mengarut dan tidak perlu. Belajar berjimat dan menyimpan
setiap hari. Belajar memasak pelbagai menu.
Dari status pengedar, saya
sasarkan bergelar stokis supaya pendapatan separuh masa menyaingi gaji hakiki
saya. Saya membaca banyak buku berkaitan rezeki dan bina keyakinan serta
kesedaran bahawasanya segala-galanya adalah milikNya. Saya dapatkan idea dan
buka minda akan realiti WAHM. Melatih diri pengurusan masa dan rumahtangga.
Allah melapangkan rezeki
bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan
Dia (Allah) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah terhadap segala
sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-'Ankabut ayat 62
Telah empat bulan bergelar
WAHM, saya masih mampu menghulur duit belanja kepada orang tua, membayar bil,
menolong suami dan menggembirakan keluarga dengan percutian. Keluarga tetap
utama. Bak kata orang tua, belajar setinggi mana tetap ke ceruk dapur juga.
Tetap mengasuh anak jua. Namun, saya bahagia.
Nota inspirasi 9. Perkara
paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami
dan pertolongan dari Allah.
Sentiasa berdoa agar kita
boleh menjana pendapatan dari rumah.
Perbaiki hubungan dengan
Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya.
Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa
agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah.
Pastikan sebelum berhenti
sudah ada pelan tindakan. Ketika masih bekerja sudah mula mengali ilmu dan
mencari mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita sudah pun dari awal membina
landasan. Jangan berkira untuk mencari ilmu.
Nor Atiqah Hamidi
Sumber: Yeay! Mama sudah
'resign'
Nota inspirasi 8-Izzah
Razak.
18 Mac 2014 saya mendapat
panggilan sekali lagi dari ayah. Tidak lama kemudian, adik saya pula menelefon
menjerit menyatakan.
“Kaklong, mak dah tak
ada."
Ya Allah sungguh pahit
untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga.
Kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga
dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada
masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami.
Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum
menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah
pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk
menyenangkan hati saya sahaja.
Arwah meninggalkan kami
pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di
sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada
diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.
Saya bermastautin di
selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat
jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi
dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu
membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan
berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada
kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan
berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal.
Nota inspirasi 5
1hb April 2015 ini genap 5
tahun saya berhenti kerja. Saya yakin, rezeki di tangan Allah. Saya
menikmatinya selagi usia masih dipinjamkan untuk saya lalui bersama keluarga
yang saya sayangi. Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya. Segalanya telah
Kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sederhana tapi ia sempurna
Saya tidak mengatakan
menjadi WAHM atau menjadi surirumah ini mudah, namun percayalah, ia amat
berbaloi. Yang penting, kita mestilah mempunyai niat yang betul. Untuk berjaya
sebagai WAHM memerlukan ketabahan, keyakinan dan ilmu. Yakinlah pada rezeki
yang telah Allah tentukan. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan.
Akhir kata untuk
perkongsian ini, “Yeay! Mama Saya Sudah Resign” bukanlah mimpi ngeri atau
berakhirnya sebuah perjalanan karier seorang wanita. Malah, ia adalah permulaan
kepada kehidupan berkeluarga yang lebih indah dan membahagiakan. Yang penting,
kita harus bijak mengambil peluang agar kita mampu menjana pendapatan sendiri
dari rumah.
Nota inspirasi 10
Saya tidak mempunyai
pendidikan formal dalam bidang bisnes. Ijazah saya adalah dalam bidang
Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Petronas. Saya banyak belajar dari
pengalaman dan menerusi pembacaan / pengalaman rakan lain juga. Saya hanya
bertahan bekerja makan gaji selama 4 tahun (sambil bisnes secara part time
sepanjang masa itu) sebelum mengambil keputusan berhenti kerja untuk fokus
kepada keluarga dan untuk cuba mengembangkan bisnes ini sebaiknya.
Perjalanan bisnes saya
bermula dengan menjual kerongsang dan aksesori wanita secara part time ketika
saya baru sebulan berkhidmat dalam jawatan. Perniagaan ini saya mulakan dengan
hanya bermodalkan RM300, untuk 30 pasang kerongsang yang dijual online. Sedikit
demi sedikit perniagaan ini dikembangkan sehingga mempunyai stok bernilai
puluhan ribu ringgit dan kira-kira 40 reseller dan pemborong dari serata
Malaysia dan Singapura.
Perniagaan ini saya
usahakan selama 4 tahun secara part time dan sepanjang itu juga saya tidak
mempunyai kedai atau pejabat rasmi untuk bisnes ini, semuanya diuruskan dari
rumah dan dijual melalui online sahaja. 6 bulan sebelum saya berhenti kerja,
peluang datang untuk mengambil alih satu pusat cucian dan kecantikan kereta di
USJ. Lokasinya strategik dan membawa pulangan yang baik.
Sumber: Yeay! Mama sudah
'resign'.
Baca lebih banyak lagi
dalam "EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN"
Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi
WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan
bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang
isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri
Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira
Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q
& A)
Bahagian 3: Perkongsian
Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin,
Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob,
Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih
Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri,
Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni
Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela
Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku
Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan
Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof
Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad,
Usahawan dan Guru Online.
Dapatkan Ebook "Yeay,Mama Sudah Resign dengan Harga PROMOSI RM20 sahaja.
Promosi bakal tamat pada bila-bila masa.Jadi,bertindak sekarang!
Sila klik butang tempahan di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!
atau SMS/Whatsapp/Telegram "Yeay,Mama Sudah Resign" ke 010-7790237
___________________________________
atau kalian boleh dapatkan Pakej Ebook di dengan HARGA PROMOSI di SINI
P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.
{Bina pendapatan lumayan dan berterusan dengan handphone anda.KLIK SINI}
Ada yang nak belajar membina blog bisnes?
Daftar belajar di kelas online ABDR.
Belajar di tempat sendiri.
Masa belajar mengikut kelapangan diri sendiri.
100% secara online sahaja.
Maklumat lanjut,KLIK SINI
Nur Balqis Qahira
010-7790237
nurbalqisqahira@gmail.com
memang best jadi ibu yang bekerja dari rumah..
BalasPadamYa,puas hati boleh jaga anak sendiri sambil menjana pendapatan dari rumah.
Padam