Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 6 April 2020

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 2 i-lestari KWSP


Teks : Nur Balqis Qahira






 Kerajaan telah mengumumkan bahawa akaun 2 KWSP dibenarkan utk pengeluaran sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh maksimum 12 bulan berikutan wabak virus COVID-19  yang melanda seluruh dunia.

Tujuannya adalah untuk meringankan beban dan menampung kos sara hidup bagi rakyat yang terjejas akibat penyebaran virus tersebut sekaligus membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan.


Pemohonan pengeluaran akaun 2 i-lestari ini boleh dilakukan  melalui 3 cara iaitu :

1.Melalui i-akaun
2.Melalui emel
3.Melalui pos

Dah daftar i-akaun?
Jika belum,anda boleh mendaftar i-akaun melalui emel.


Jom kita tengok tutorial pemohonan untuk pengeluaran melalui i-akaun.

1. Sila log masuk ke i-Akaun kwsp: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Pilih menu Withdrawal dan pilih New Application
3. Pilih i-lestari
4. Masukkan amaun (maksimum RM500) dan maklumat diri
5. Tekan submit.Siap.
6. Print (jika perlu)

Sangat mudah semudah membawang di hujung jari.Hehe
Jika anda tidak mendaftar i-akaun,ada 2 cara yang anda boleh guna iaitu sama ada melalui emel atau pos.



Link utk download borang pemohonan pengeluaran i-lestari:

2.Melalui Emel
Nak mohon melalui emel pun boleh.
Borang pemohonan pengeluaran i-Lestari boleh di hantar ke  ke ilestarimohon@epf.gov.my

3.Pemohonan i-lestari melalui pos
Sila hantarkan borang pemohonan pengeluaran ke alamat berikut :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.
Sangat mudah,kan.

Pilih salah satu cara di atas mengikut keselesaan anda.

Rujuk FAQ di bawah untuk penjelasan yang lebih lanjut.


Walaupun bekerja sendiri, jangan lupa untuk membuat caruman wang simpanan di KWSP.

BEKERJA SENDIRI JUGA BOLEH MENCARUM KWSP.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...