Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Jumaat, 21 Februari 2014

Resipi Ayam Masak Paprik

Teks : Nur Balqis Qahira
Foto : Koleksi Peribadi

Salam Ceria dan Hai Rakan-rakan!

Korang suka makan ayam?Ayam bukan sekadar enak dinikmati dengan cara menggorengnya dengan garam dan kunyit semata-mata ataupun sup dan kari.Tetapi,pelbagai cara masakan dan hidangan menambahkan lagi kelazatan dan keenakannya.Bagi penggemar ayam seperti saya,pastinya hidangan seharian tidak lengkap tanpa menu istimewa tersebut.

Untuk entri ini,saya mahu berkongsi resipi Ayam Masak Paprik yang sangat mudah,cepat dan yang penting ia sangat lazat.Dan ini adalah resipi ringkas kegemaran saya.

Bahan-bahan :

200 gm isi ayam(bersihkan dan hiris)
4-5 biji cili padi merah(dihiris)
3-4 helai daun limau purut(kalau takde,takpe abaikan)
3 ulas bawang merah(ditumbuk)
3 ulas bawang putih(diketuk)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 batang serai(diketuk)
1/4 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Sayur:

Sedikit kobis bunga(dipotong kecil)
Sedikit lobak merah(dihiris atau dipotong bentuk bunga)
Sedikit kacang panjang(dipotong 3cm)
Sedikit putik(dihiris)

Cara Memasak:

1.Hiris isi ayam dan bersihkan.Kemudian,ketepikan.
2.Campurkan sos tomato,sos cili,sos tiram,kicap manis,air,gula dan garam di dalam satu mangkuk kecil.Ketepikan.
3.Panaskan minyak.Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga garing dan wangi.
4.Masukkan campuran sos serta isi ayam.Kacau sebentar.
5.Selepas itu,masukkan semua sayur,serai,daun limau purut serta cili padi.Gaulkan dan biar selama 10 minit.
6.Sedia dihidangkan.

Mudah dan ringkas,bukan?

Selamat Mencuba.


NAK SENYUM TAPI MALU?HILANG KEYAKINAN DIRI?TERCARI-CARI CARA PUTIHKAN GIGI?KLIK SINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...