Foto:Koleksi Peribadi
Catatan Pengalaman.
Dalam entri ini,aku nak berkongsi pengalaman menyusukan baby dengan susu formula menggunakan syringe.
Selepas bersalin(2 tahun lepas),niat di hati nak susukan Qaleesya dengan "breastfeeding" sampai dia berumur 2 tahun.Apakan daya,aku hanya mampu memberikannya "breastfeeding" sehingga dia berumur 7 bulan disebabkan kesan sampingan sejenis pil perancang keluarga yang mengurangkan susu badan.
Selepas tamat tempoh berpantang,pihak klinik kesihatan memberikan pil perancang keluarga jenis "norriday".
Pil perancang "norriday" tu tak mengeringkan air susu ibu.Aku menyusukan Qaleesya seperti biasa.
Apabila Qaleesya dah berumur 5 bulan,pihak klinik memberikan pil perancang "regividon".Aku maklumkan kat dorang yang aku bagi Qaleeysa "fully breastfeeding".
Mulanya,aku tak nak ambil pil perancang "regividon" tu tapi atas saranan puan jururawat-jururawat di klinik tu,aku pun amek pil perancang tersebut.
Lepas sebulan aku amek pil perancang jenis regividon tu,air susu dah mula berkurangan.Aku mula risau Qaleesya tak mendapat susu secukupnya.Aku amalkan makan sup lobak putih untuk memperbanyakkan susu tetapi tak berhasil.
Apa yang aku risaukan betul-betul berlaku.Air susu semakin berkurangan.Si Qaleesya pulak langsung tak nak hisap susu formula dalam botol.
Aku berhenti amek pil regividon tu dengan harapan air susu kembali banyak seperti biasa tetapi sebaliknya.
Berat dia semakin susut.Badan semakin melidi.Harapkan susu badan sahaja selain makanan pejal.
Ketika berumur 8 bulan(berat badan susut)
Aku buat keputusan untuk memberikannya susu formula menggunakan syringe.
Aku paksa dia habiskan susu sebotol sampai dia muntah dan sendawakan dia.
Setiap hari,aku memberikan susu formula tu guna syringe sampai habis sebotol.Untuk menghabiskan sebotol susu tu menggunakan syringe,ia mengambil masa lebih dari sejam.Sehari,aku bagi 3 botol(210ml 1 botol).Apalagi,dia menangis (
Sampai la satu ketika,dia dengan rela hati menghisap susu formula dalam botol susu.Masa tu dia dah berumur setahun 3 bulan.
Alhamdulillah.Leganya hati seorang ibu.Tidak perlu lagi memaksa anak minum susu menggunakan syringe untuk memastikannya mendapat susu secukupnya.
Ada tak momies yang mengalami pengalaman seperti aku?
Jom kongsikan di bawah ini.
Nak dapatkan Ebook Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden?
RM30 sahaja
...........................................................................................................................................
Assalam dear..bole saya dapatkan no tpn awak..@ email awak..sbb baby sy pun tolak botol n susu saya kurang..kalu x keberatan bole whatsapp saya su 0125955375
BalasPadamWaalaikumussalam dear,boleh jer .email nurbalqisqahira@gmail.com atau whatsapp 0107790237
Padam